Thursday, November 15, 2012

Santapan Minda Oleh Jamu Mandara

Salam sejahtera untuk pelanggan budiman..
Anda ingin jadi isteri yang sempurna? Manusia tidak sempurna sebenarnya. Banyak kelemahan tetapi ianya boleh diperbaiki. Jangan jadikan alasan  untuk menjadi isteri terbaik. Untuk kelihatan cantik & menawan bukan dengan cara drastik untuk menampakkan hasilnya. Ia perlu melalui proses yang berterusan. Langkah awal pasti membantu kita untuk lebih cantik & cergas serta menjauhkan proses penuaan yang makin menghampiri diri kita..bacalah seterusnya...

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)


Seorang isteri yang normal dan sihat pasti mengharapkan suami pandai memuaskan nafsu syahwatnya, begitu pula suami. Betulkah kebahagiaan setiap pasangan bergantung kepada kualiti kepanasan di atas ranjang? Tentu saja ya! Kerana pemuasan nafsu syahwat me...lahirkan ketenangan jiwa bagi suami dan isteri. Ia adalah suatu keperluan asas bagi setiap pasangan. Sesiapa yang tidak mementingkan perkara ini, maka dia terdedah kepada bahaya kehancuran rumahtangga.


Saidina Umar al-Khattab Radiallahu ’anhu pernah mendengar keluhan seorang wanita di tengah malam yang merintih sambil menangis merindui suaminya yang bertugas sebagai tentera Islam di wilayah perbatasan negara. Wanita itu berkata seorang diri: ”Jika hamba tidak takutkan-Mu ya Allah, ranjang ini pasti akan bergoyang.”


Selepas peristiwa itu Khalifah memutuskan agar para tentera yang bertugas jauh dari keluarganya diarahkan pulang ketika itu juga dan digantikan tugas mereka itu oleh tentera yang baru secara bergilir. Sesunguhnya Umar RA melihat peristiwa itu sebagai ancaman rumahtangga yang seterusnya boleh membawa kepada kehancuran umat.


Biasanya isteri cepat naik angin bila kurang sentuhan suami, namun mereka kurang peka tentang keperluan rangsangan yang harus diberi kepada suami. Sebenarnya seorang isteri tidak selamanya harus menerima sahaja dan menunggu suami ’buat’, bahkan dia seharusnya turut berperanan menghangatkan keadaan. Menurut kajian, suami dan isteri yang gembira, saling bernafsu dan puas dalam hubungan seks akan menghasilkan janin yang sihat dan cerdas berbanding dengan mereka yang melakukannya setengah hati sahaja.


Ada pula suami yang enggan memenuhi tanggungjawab seks disebabkan sakit. Isteri cukup merana menghadapi keadaan sedemikian dan suami tidak boleh menahan hajat isteri untuk menceraikannya dengan cara baik. Tetapi ini pula cerita suami yang mahu menyiksa isterinya dengan cara membiarkannya tanpa disentuh. Dengan alasan mengalami stress akibat tekanan kerja dan persekitaran. Sesungguhnya suami sebegini telah melanggar perintah Allah SWT supaya memberi nafkah seks kepada isterinya. Punca perilaku suami yang tidak bertanggungjawab ini mesti diteliti. Kebanyakan mereka mempunyai alasan untuk menjauhkan diri dari isteri. Seeloknya sang isteri pula muhasabah diri, apakah sebenarnya punca masalah mereka?


1. Imej dan disiplin isteri.


Pernahkan anda melihat di manakah perbezaan antara orang gaji dan seorang surirumah. Jika anda tidak menyerupai penampilan orang gaji anda maka anda telah berjaya merangsang mata dan hati suami. Orang lelaki berbangsa Melayu jarang yang berterus terang kepada isteri dalam soal penampilan. Isteri naik berat badan dia tak kisah, tak berbedak pun tak kisah, asalkan berbudi bahasa. Kerana kita diajar untuk menjaga hati orang lain dengan cara menyembunyikan kebenaran, jangan bising dan tak payah nak gaduh-gaduh, baik diam jangan berterus terang. Kebiasaan tidak mahu berterus terang akhirnya menyebabkan isteri tidak berdisiplin dalam melayan suami. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti mahupun kuantiti hubungan seksual di antara mereka. Kalau dah berserabut dan bersepah di sana sini, mana ada mood nak bermesra?

 
2. Pengalaman seks menyebabkan suami tertekan.


Suami cepat sampai daripada isteri, masalah ini perlu dibincangkan dengan keikhlasan kedua pasangan. Seelok-eloknya isteri pandai memujuk suami supaya tidak timbul salah faham dan kebencian di antara mereka. Suami pula harus berbesar hati dan berani menghadapi kenyataan. Isteri perlu menyediakan pemakanan yang berkhasiat, mengajak suami melakukan aktiviti kecergasan badan dan mungkin pergi berjumpa doktor bersama suami jika dirasakan perlu. Isteri juga sentiasa memberikan dorongan dan sokongan agar suami cepat pulih, bukan mendiamkan diri seraya memendam perasaan yang berakhir dengan perbuatan maksiat.


Adakalanya masalah pula datang dari pihak isteri apabila suami rasa tidak selesa kerana kurang rasa cengkaman dan otot-otot vagina yang telah kendur. Keputihan dan bau kurang sedap juga amat mengganggu. Senaman dan ubat-ubatan diperlukan untuk memastikan anda bebas dari masalah gangguan ketika bersama suami.


3. Honeymoon kali kedua.


Sediakanlah masa untuk anda dan suami bersama. Duduk berdua menikmati keindahan alam, pergi bersiar-siar sambil membincangkan masa depan bersama-sama. Saling bertukar-tukar idea dan pandangan tentang kelebihan dan kelemahan masing-masing. Yang paling penting merasai kehangatan hubungan seksual tanpa gangguan dan paksaan. Apabila ada masalah dengan suami, pastikanlah langkah-langkah yang diambil tidak memudaratkan rumahtangga anda, apatah lagi anak-anak. Untuk itu anda memerlukan tempat dan waktu yang sesuai bersama suami, hanya berdua. Iklim perkahwinan tak selamanya hangat tetapi usaha untuk mengekalkan kehangatan itu seharusnya menjadi prioriti yang mesti difikirkan bersama.


Sumber : Drjuanda.com

1 comment:

  1. Posting yg menarik. . .

    Suami isteri seharusnya saling lengkap melengkapi. Sentiasa peka terhadap keinginan dan kehendak pasangan. Sebaiknya selalulah berkeinginan untuk lebih memberi daripada terlalu mengharap dan ingin menerima sahaja.

    kerana setiap kita ingin menghargai dan ingin juga dihargai. .

    ReplyDelete