Thursday, September 6, 2012

PETUA MENINGKATKAN EKONOMI KELUARGA

Anda minat berniaga? Kalau minat, pastikan anda berusaha dan fokus kepada bidang yang sesuai mengikut masa, minat dan bakat masing- masing. Peluang ada disekeliling jadi anda hanya perlu mencungkil peluang tersebut. Setiap usaha pasti akan diberi balasan oleh Allah yang maha penyayang. Memang tanggungjawab suami adalah menyediakan nafkah zahir tapi tak salah kalau kita ringankan beban mereka dengan membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Beban yang sama dipikul akan menambah keharmonian keluarga.


Mesti ramai yang bersetuju dengan kenyataan saya.. jika tiada wang mampukah kita bahagia apabila anak nak itu ini, kita tak dapat penuhi kehendak mereka. Gembirakah kita jika nak beli barang dapur, duit x pernah cukup, nak bayar yuran anak-anak pun pening kepala. Kalau difikirkan hal ini mesti serabut kepala kan!


Apa perlu kita buat..sekarang fokus hala tuju anda.. fikirkan apa yang palingggg anda suka. Menjahit? Memasak? atau apa sahaja yang sesuai dengan bakat anda. Tak perlu modal setinggi langit. Gunakan segala sumber yang murah contohnya FB atau bina blog sendiri. Promosi adalah penting. Untuk permulaan beri percuma kepada kawan2 yang ‘bermulut riuh’. Mereka ini ibarat radio berjalan yang boleh membantu mempromosikan barangan anda. Anda boleh mengikuti kursus jangka pendek di Kolej Komuniti dengan yuran berpatutan. Ilmu pengetahuan adalah penting. Saya sendiri sentiasa mendapat pandangan dan idea walaupun dari tukang sapu sampah.. sebabnya setiap idea adalah kehendak pengguna secara tidak langsung, yang perlu kita tahu.


Semasa sesi fotografi Iklan Jamu Mandara bersama Shuhada dari Drenjis http://drenjisphotography.com/, beliau berkongsi beberapa tips untuk memastikan bisnes rancak dengan berpandukan kepada amalan berterusan seperti berikut:


• Jangan lupa Bersedekah
• Sentiasa Solat Dhuha
• Baca Buku berkaitan perniagaan yang diceburi


Ok apa tunggu lagi.. mulakan segera. Berangan tak apa kerana kadangkala angan-angan itu boleh mendorong kita untuk lebih berusaha. Akhir sekali jangan fikirkan perkara yang remeh temeh yang merosakkan minda kita. Ayuh berusaha!

No comments:

Post a Comment